Kembali Seperti Dulu

assalamualaikum dunia
ari nie nk citer sikit tntg status aku
huhuhu
tak pernah2 aku citer benda2 nie semua
setelah 5 years bersama dengan orang tersayang
akhirnya aku sendiri mengambil keputusan untuk kembali single
ramai jugak yang bertanya kenapa memilih untuk single
padahal dah lama couple dengan kekasih hati
aku mempunyai alasan aku yang tersendiri
aku tak buat keputusan secara terburu-buru
kerana ianya membabitkan pelbagai pihak termasuk lah family aku dan family dia
banyak yang dah aku pertimbangkan
bukan dia tidak bagus untuk aku
dia seorang yang baik dan memahami diriku
aku sendiri pernah beri tahu kepada dia
satu hari nanti
bila kita dah tiada hubungan
kita akan tetap berkawan
dia faham ape yang berlaku
mula2 memang lah dia tidak boleh terima
tapi biler dipujuk
dia dapat terima
kami tak bermusuhan
mungkin aku rasa aku sendiri bukanlah yang terbaik buat dirinya
aku tak menyesal dengan keputusan ku ini
ini adalah untuk kebaikkan kami berdua jugak
tak ape lah kalau aku mengalah dan menundukkan sikap ego ku selama ini
tiada ape pun yang perlu dikesalkan
ape2 pun
dalam penghujung hati kecil aku
masih tersimpan satu perasaan sayang terhadap si dia
kenangan yang kami kumpul selama 5 tahun
akan aku simpan sehingga penghujung hayat
terima kasih Hani
terima kasih banyak2 kerana bersama saya selama ini
kita tetap akan berkawan
hala tuju kita berbeza
tapi kalau ditakdirkan kita akan bersama
kita tetap akan bersama
love you so much forever
.thankzzz.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Selalu Tidur Lewat

ermmm
mcm mna ye nk mulakan cerita
huhuhu
nie nk story sikit
aku sebenarnya ada masalah yg paling serius
iaitu masalah dalam pengurusan tidur
aku selalu tidur lewat
paling awal aku leh tidur adalah dalam jam 1.30pg
paling biasa aku akan tidur jam 3.00pg
dan yang paling x normal adalah tak tidur langsung
padahal pagi ada kerja nak wat
memang letih lah jawabnya
tapi aku kadang2 terpaksa amik pil tidur tanpa pengetahuan family
hihihi
tu dh terpaksa sebab tak ada cara lain supaya aku boleh tidur
ermmm
biasanya kalau aku tak tidur nie
aku akan on9 facebook or tngok video kt youtube
memekak je lah aku kalau tengok video
sebab aku akan pasang kuat2 speaker
bhahahha
sape nak bising
semua dah lena dibuai mimpi
aku je lah sorang2 yang masih berjaga
ape punya manusia lah kan aku nie
huhuhu
kawan2 aku selalu cakap
yang aku nie macam hantu
kalau malam berjaga memang macam orang giler
hihihihi
ape2 pon, yang penting aku happy
aku dah tak ada ape2 nak tulis nie
sape2 yang ada idea cara2 untuk mudah tidur
sila beri tahu ye
.thankzzz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maulidur Rasul

salam maulidur rasul kpd sluruh umat Islam
marilah kita turut sama berselawat keatas Rasulullah 
dan mensedekahkan Al-Fatihah
alhamdulillah dan syukur pada Allah S.W.T
setiap tahun kita dpt meraikan sambutan hari kelahiran 
junjungan besar nabi kita
Muhammad S.A.W
tema maulidur rasul pada tahun ini ialah "1 Malaysia, 1 Ummah"
yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan
satu ummah yang mampu membawa kedamaian 
dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah
tema nya mempunyai kelainan tersendiri
kemungkinan kerajaan ingin mnyatakan bahawa
walaupun di Malaysia mempunyai berbilang bangsa
tp kita tetap perlu menghormati agama dan budaya penganut agama lain
Rasulullah sendiri menyarankan bahawa kita perlulah hormat menghormati agama dan budaya setiap penganut agama didunia ini 
agar kesejahteraan hidup akan lebih terjamin
justeru kita sebagai umat manusia di dunia ini
kita perlulah sentiasa bersefahaman dan tidak 
bertelagah antara satu sama lain
walaupun kita berlainan bangsa dan juga agama
akhir kata dari saya
.SELAMAT MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2011 Kembali Menulis Blog

assalamualaikum...
salam kpd blogger2 smua.
hehe...nmpknya 2011 nie mnjadi sinar baru ye kpd aku.
ntah angin mana r yg mmbedil segala pemikiran ini utk kmbali ke dunia blog.
mgkin dh smpai masa nya utk serius kot.
hahaha
ape2 je r ye
selama 2 tahun tidak menulis blog, rindu nya dlm entry2 menarik, cerita2 yg mngusik jiwa, prsoalan tdk trjawab dan pelbagai lagi.
tp x pe r, kerana dari sini aku akan kmbali ke dunia tersebut.
pada blog kali nie, aku akan mncari satu kelainan dari sisi pandang ku dlm dunia.
mgkin kedengarannya agak pelik, tp aku harap pnceritaan dlm pnceritaan ini akan mmbuatkan para pmbaca akan lebih gemar mmbacanya.
aku akan cuba utk meletakkan satu prsatu pnceritaan ku spnjg pngalaman yg aku ada dan perspektif aku pada tahun 2011 nie.
jadi kita tunggu je r ye ape yg akan ku tulis nanti.
akhir kata, selamat brblogger kpd anda semua.
jikalau ada penulisan yg mnyinggung, jaganlah ambil hati dlm setiap penulisan ku ini.
semoga ape yg ditulis akn mmbuat kita mnjadi insan yg lebih baik.
.thankzzz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS